Friday, July 19, 2013

Apa itu "tahlil arwah" kepada student lughah macam saya..

السلام عليكم
Ini hanyalah entry berkenaan bahasa. Saya tidak ada authority/ilmu untuk diskuss hukum "tahlil arwah"....not yet :)


 Ramai juga orang buat "tahlil arwah" dalam bulan puasa ni. Pada pemahaman saya sejak kecil, majlis "tahlil arwah" ni untuk "sedekah pahala kepada si mati".

Sedia maklum  تَهْلِيْل / tahlil adalah majlis bacaan "zikir"  لا إله إلا الله 


Pada mulanya saya ingat أَرْوَاح  / arwah bermaksud si mati. Kerana orang melayu bila buat reference kat orang yang dah mati dia concatenate prefix arwah kat depan eg. "Arwah datuk aku dulu polis semboyan...". Tetapi bukan. Dari segi lughah ia adalah jamak kepada رُوْح / roh  . Oleh itu arwah bermaksud roh-roh . Oleh itu tahlil arwah jika di terjemah secara langsung/harfiah ia bermaksud "Majlis zikir untuk roh-roh"...

FYI. Dalam bahasa arab si mati ialah مَرْحُوْم  .

هي بالعربية
Mari berbahasa arab......

الله أعلم


No comments:

Post a Comment