Wednesday, June 26, 2013

Khilaf? Cara pakai "mask" yang betul

بسم الله
السلام عليكم

Baru sebentar tadi saya berbalah dengan sahabat cara penggunaan surgical mask yang betul. Saya cakap putih luar dan dia cakap putih dalam. Setelah google ternyata dia berada dipihak yang benar..

صدقت يا أخي

Memang putih di dalam dan yang warna di luar...

rukukan:-
http://www.sfcdcp.org/facemask.html

Determine which side of the mask is the front. The colored side of the mask is usually the front and should face away from you, while the white side touches your face.

Update:... ada juga pendapat yang lain...
http://www.ask.com/answers/10887811/does-the-white-or-blue-side-of-a-surgical-mask-touch-my-face
There are two sides of the surgical mask which are white and blue. The white side contains filter and if you have flu, it should be attached to your face so that the blue side faces out so as to prevent the germs from spreading outwards. If you are not ill, the white side ought to be facing out to protect micro-organism from the environment to come into contact with you.


Thursday, June 20, 2013

Terapi bagi majikan yang kehilangan pembantu rumah

السلام عليكم
الحمد لله على كل حال

Maid ku lari dan aku mencari jalan penyelesaian..

Dalam pencarian saya saya terjumpa blog ustaz ini :-
http://hisyamzahra.blogspot.com/2008/08/suara-permata-bilangan-ke-4-februari.html

Di dalam nya menceritakan Fatimah RA pernah request kepada Rasullullah untuk khadam dan Rasullullah memberi penyelesaianya :). Berikut adalah hadithnya:-


عَنْ عَليٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشْكُو إِلَيْهِ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى وَبَلَغَهَا أَنَّهُ جَاءَهُ رَقِيقٌ فَلَمْ تُصَادِفْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَجَاءَ فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى بَطْنِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Daripada Sayyidina ‘Ali bahawa Fatimah telah datang menemui Rasulullah s.a.w. mengadu tentang tangannya akibat kisaran yang digunakannya dan beliau mendapat tahu sampai kepada baginda seorang hamba. Pada waktu itu, Fatimah tidak dapat menemui Rasulullah s.a.w. lalu Fatimah menyebutkan perkara itu kepada ‘A`ishah. Tatkala Rasulullah s.a.w. datang ‘A`ishah menceritakan kepada baginda lalu baginda datang menemui ketika kami hampir masuk tidur. Kamu mahu bangun tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu berdua berada di tempat masing-masing.” Bagindapun duduk di antara kami berdua sehingga saya merasakan sejuk pada dua tapak kakinya pada perut saya seraya bersabda: “Tidakkah kamu berdua mahu jika aku menunjukkan kepada kamu berdua sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Apabila kamu berdua pergi ke tempat tidur atau tempat pembaringan maka bertasbihlah 33 kali, bertahmidlah 33 kali dan bertakbirlah 34 kali. Itu lebih baik kepada kamu berdua daripada seorang khadam.” (al-Bukhari, Muslim)

Huraian Hadith dari Islam.gov.my 
http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/yang-lebih-baik-daripada-pembantukhadam
Huraian Hadith: 
Menurut ajaran Islam, seorang wanita tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Tujuannya supaya isteri itu dapat sepenuhnya mencurahkan perhatian kepada urusan rumahtangga, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Rasulullah bersabda, "Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya." (Bukhari & Muslim) Namun begitu dewasa ini tuntutan semasa memerlukan golongan isteri juga keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga. Oleh yang demikian komitmen selaku seorang isteri, ibu dan juga seorang pekerja kepada majikan tidak dinafikan mengundang rasa penat yang tidak tertanggung secara sendirian. Oleh itu ramai antara para isteri yang bekerja menginginkan adanya seorang pembantu rumah untuk menolong mereka menguruskan rumahtangga. Namun begitu masalah ini sebenarnya tidak hanya boleh diselesaikan dengan adanya pembantu rumah semata-mata kerana seorang suami yang memahami keadaan isterinya sudah tentu tidak akan berat tulang memberikan kerjasama, menolong serta bertolak-ansur dalam meringankan tugas isteri di rumah. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah rumahtangga daripada berlaku pergaduhan dan sebagainya, malah dapat menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri kerana masing-masing dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri. Di samping itu si isteri juga dianjurkan mengamalkan petua yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti dalam hadith di atas kerana dengan menyebut nama Allah dengan berzikir kepadanya jiwa akan terasa tenang, hilang keserabutan dan keletihan .

Tuesday, June 18, 2013

Rakaman Taddabbur 20130618 + نسف شعبان

السلام عليكم
أحبكم في الله
Ini rakaman kelas Taddabur surah al-baqarah ayat ker 79 plus sedikit pencerahan mengenai amalan-amalan nisfu syabaan.

Munkin ini website yang Abu Anas yang ustaz maksudkan:-
http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/06/fadhilat-bulan-syaban-hadis-sahih-dhaif.html


UM - Tadabur 2-79 - 20130804.mp3

Friday, June 14, 2013

The so called "My first arabic book" taught me a lesson

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله





I just bought a children Arabic book for me and my kids. I though I could pick up daily conversation to be used with my kids like "Do you want milk?" , "Are you hungry yet" and stuff like that....but
 to my surprise this book starts with the lesson on tauheed تَوْحِيْد



2nd lesson is the introduction to manhaj salaf


and finally at lesson 10...conversation at home...


أحب هذ الكياب جدا
I totally love this book!!

I bought this book, online from here :-
atsar.ilmusunnah.com


The lesson learn here is the lesson of tauheed first!!! Then comes others...languages, moral, ABC, 123, math, ....and so on

الله أعلم

Talbeesul Iblis

السلام عليكم ورحمة الله
أحبكم في الله

Ini rakaman kuliah تلبيس إبليس oleh أستاذ أزهر علي 

UAA - Talbeesul Iblis - ahli hadith - 20131204.mp3

Tuesday, June 11, 2013

Kelas taddabur 20131103

السلام عليكم
أحبكم في الله


Hari ini Ustaz meng"taddabur" surah A'raf ayat 188

UM - Taddbbur 7-188 -20131106.mp3




Berkenaan "air" yang Ustaz khabarkan, macam sama dengan entry saya yang ini:-
http://daddyrayyan.blogspot.com/2013/05/forum-perdana-tm-islam-sains.html

الله أعلم

Friday, June 7, 2013

Matan arab surat dari Umar Al-Khattab RA kepada sungai Nil

ُالحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد:

Sejak dua kebelakang ini saya cuba untuk follow news dari timur tengah . One of the current issues ialah perbalahan antara Ethopia dengan Mesir berkenaan sungai Nil. Ethopia ingin membina empangan pada laluan Nil di negaranya tetapi Mesir risau akan ganguan flow air sungai oleh empangan itu.

Semperna itu saya teringat dekat kisah عمر Umar Al-Khattab RA pernah menghantar surat kepada sungai nil. Saya akan google matan arabnya , tashkeelkannya dan akan terjemahkanya
 إن شاء الله


مِنْ عُمْرٍ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ إلَى النِّيْلِ إنْ كُنْتَ تَجْرِيْ مِنْ عِنْدَكَ فَلَا حَاجَةُ لَنَا بِكَ، وَإنْ كُنْتَ تَجْرِيْ بِفَضْلُ الله، فَاَللَّهُمْ باَرَكَ لَنَا

Dari Umar Amirul Mukminin kepada (sungai) Nil, jika engkau mengnalir dengan ( kehendak ) engkau,  kami tiada hajat kepada engkau, jika engkau mengalir dengan limpah kurnia Allah, semoga Allah memberkati engkau untuk kami

Begitulah cubaaan saya yand doif ini terjemah. Lagi satu info dari sumber rujukan dibawah 3). Ia menyatakan riwayat ini  doif. Jika mahu tengok full story about this letter boleh check out penulisan Ustaz Zahzan boleh click sumber rujukan nombor 2) dibawah

الله أعلم


sumber rujukan
1 ) http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=33334
2 ) http://telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=266:sayyidina..
3) http://islamqa.info/en/ref/178417

Wednesday, June 5, 2013

Jesus vs Muhammad ﷺ ?

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله . أما بعد
All praise due to Allah and prayer and peace upon Rasullullah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Peace be upon you and Allah's mercy and blessings

والسلام على من اتبع الهدى
and peace to those whom received guidance


A muslim brother created a beautiful video on youtube about our beloved nabi  Muhammad ﷺ . May Allah bless him and his team, بارك الله فيكم . I know that some of us can't access youtube from our place. So I have donwloaded the video and share it here :-


Al-Quran verses used in this video:-

Islam prohibit marriage and do unjust  to minor



Multiple marriages come with serious conditions

War as self defense


Islam prohibits made mockery of others religion

Tuesday, June 4, 2013

الأستاذ بدل : الصلاة

السلام عليكم . الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد:

اليوم لا الأستاذ ثم أستاذ بدل. أنا لا أعلم اسمه*
Hari ini ustaz yang sepatunya tak datang lantas diganti dengan ustaz gantian a.k.a ustaz badal :) . Nama ustaz nie pun saya tak tahu

Tajuk kuliah ialah seputar isu hukum orang tidak solat



p/s: *Bahasa arab saya yang diatas  doif jiddan...sesiapa yang sudi membetulkan di alu-alukan
جزاك الله خيرا

[ULASAN] Doa Memohon Anak

Salam,

1- Al-Qur’an telah menceritakan kisah dua orang Nabi yang tidak dikurniakan anak sehingga usia mereka lanjut.

2- Seseorang mu’min hendaklah beriman dengan Allah bahawa Dia mendengar doa seseorang hamba dan akan mengqabulkan permintaan hamba-Nya. Dengarkan kata Ibrahim:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاءِ
«Pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kepada saya ketika tua Isma`il dan Ishaq. Sesungguhnya Tuan saya benar-benar mendengar doa» [Ibrahim: 39]

3- Seterusnya, Ibrahim berdoa:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Rabbi j`alni muqima s-salati wamin zurriyyati, rabbani wataqabbal du`a’
«Tuan, jadikan saya orang yang mendirikan salat, dan dari kalangan zuriat saya. Tuan kami, dan terimalah doa» [Ibrahim: 40]

4- Ibrahim juga berdoa:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Rabbi hab li mina s-salihin
«Tuan, kurniakan saya (anak) dari kalangan orang-orang yang salih» [As-Saffat: 100]

5- Selain Ibrahim, Zakariyya juga sentiasa berdoa:
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Rabbi la tazarni fardan wa’anta khayru l-warisin
«Tuan, jangan biarkan saya sebatang kara, dan Kamulah sebaik-baik waris» [Al-Anbiya’: 89]

6- Zakariyya juga berdoa:
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Rabbi hab li min ladunka zurriyyatan tayyibatan innaka sami`u d-du`a’
«Tuan, kurniakan saya dari sisi Kamu zuriat yang baik, sesungguhnya Kamu mendengar doa» [Ali `Imran: 38]

7- Setiap yang beriman dengan Allah tidak harus berputus asa, bahkan mereka hendaklah sentiasa berdoa mengharapkan kurniaan Allah. Kata Allah:
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ
«Kepunyaan Allah kerajaan langit-langit dan bumi. Dia mencipta apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki perempuan, dan Dia memberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki lelaki» [Asy-Syura: 49]

8- Ada kala, Tuhan sengaja menangguhkan kurnia-Nya – sebagai ujian bagi hamba-Nya – untuk menguji keimanan manusia. Ingatlah kata Allah:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
«Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?» [Ar-`Ankabut: 2]

9- Maka sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah sentiasa meminta tolong kepada-Nya seperti kata Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
«Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan bersabar dan bersalat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar» [Al-Baqarah: 153]

10- Pasangan yang masih belum dikurniakan anak, hendaklah menguatkan iman mereka kepada Allah dengan bersabar, bersalat, sentiasa berdoa dan beristighfar, in sya’a Llah, Allah akan memudahkan kesulitan anda.


WaLlahu a`lam.

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
03/06/2013 2222H

Rangkai Facebook:
www.facebook.com/notes/ad%C3%B6ulin%C3%A9-lacharouphe/ulasan-doa-memohon-anak/616330468377882