Tuesday, June 4, 2013

[ULASAN] Doa Memohon Anak

Salam,

1- Al-Qur’an telah menceritakan kisah dua orang Nabi yang tidak dikurniakan anak sehingga usia mereka lanjut.

2- Seseorang mu’min hendaklah beriman dengan Allah bahawa Dia mendengar doa seseorang hamba dan akan mengqabulkan permintaan hamba-Nya. Dengarkan kata Ibrahim:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاءِ
«Pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kepada saya ketika tua Isma`il dan Ishaq. Sesungguhnya Tuan saya benar-benar mendengar doa» [Ibrahim: 39]

3- Seterusnya, Ibrahim berdoa:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Rabbi j`alni muqima s-salati wamin zurriyyati, rabbani wataqabbal du`a’
«Tuan, jadikan saya orang yang mendirikan salat, dan dari kalangan zuriat saya. Tuan kami, dan terimalah doa» [Ibrahim: 40]

4- Ibrahim juga berdoa:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Rabbi hab li mina s-salihin
«Tuan, kurniakan saya (anak) dari kalangan orang-orang yang salih» [As-Saffat: 100]

5- Selain Ibrahim, Zakariyya juga sentiasa berdoa:
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Rabbi la tazarni fardan wa’anta khayru l-warisin
«Tuan, jangan biarkan saya sebatang kara, dan Kamulah sebaik-baik waris» [Al-Anbiya’: 89]

6- Zakariyya juga berdoa:
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Rabbi hab li min ladunka zurriyyatan tayyibatan innaka sami`u d-du`a’
«Tuan, kurniakan saya dari sisi Kamu zuriat yang baik, sesungguhnya Kamu mendengar doa» [Ali `Imran: 38]

7- Setiap yang beriman dengan Allah tidak harus berputus asa, bahkan mereka hendaklah sentiasa berdoa mengharapkan kurniaan Allah. Kata Allah:
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ
«Kepunyaan Allah kerajaan langit-langit dan bumi. Dia mencipta apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki perempuan, dan Dia memberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki lelaki» [Asy-Syura: 49]

8- Ada kala, Tuhan sengaja menangguhkan kurnia-Nya – sebagai ujian bagi hamba-Nya – untuk menguji keimanan manusia. Ingatlah kata Allah:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
«Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?» [Ar-`Ankabut: 2]

9- Maka sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah sentiasa meminta tolong kepada-Nya seperti kata Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
«Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan bersabar dan bersalat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar» [Al-Baqarah: 153]

10- Pasangan yang masih belum dikurniakan anak, hendaklah menguatkan iman mereka kepada Allah dengan bersabar, bersalat, sentiasa berdoa dan beristighfar, in sya’a Llah, Allah akan memudahkan kesulitan anda.


WaLlahu a`lam.

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
03/06/2013 2222H

Rangkai Facebook:
www.facebook.com/notes/ad%C3%B6ulin%C3%A9-lacharouphe/ulasan-doa-memohon-anak/616330468377882

No comments:

Post a Comment