Showing posts with label إعراب. Show all posts
Showing posts with label إعراب. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

ما معنى أسماؤهم

بسم الله
السلام عليكم ورحمة الله

ما معنى أسماؤهم
Apa ada pada nama-nama meraka?

1. Najib
Ejaan arab: نَجِيْبٌ
Maksud : 1. Bijak 2. Bangsawan
Analysis : Ini merupakan kata ism mufrad

2. Anwar
Ejaan arab: أَنْوَارٌ
Maksud: Cahaya
Analysis: Ini merupakan kata ism jamak. Mufrad kepadanya ialah نُوْرٌ

3. Abdul Aziz
Ejaan arab: عَبْدُ العَزِيْزِ
Maksud: Hamba kepada maha gagah
Analysis: Ini menggunakan struktur mudof-mudofun ilaihi . mudof = abdun , mudofun ilaihi = al-a'zizu

4. Abdul Hadi
Ejaan arab: ِعَبْدُ الهَادِي
Maksud: Hamba kepada maha pemberi pentunjuk

Analysis: Ini menggunakan struktur mudof-mudofun ilaihi . mudof = abdun , mudofun ilaihi = al-hadi


5. Muhyuddin
Ejaan arab: مُحْيُ الدِّيْنِ
Maksud: Penghidup agama
Analysis:  Ini menggunakan struktur mudof-mudofun ilaihi. mudof = muhyun , mudofun ilaihi = ad-deen. Oleh kerana د dekat dalam الدين ialah huruf shamsiah, alif-lam tidak dibuyikan.

6. Shahidan
Ejaan arab: شَهِيْدَانِ
Maksud: 1. Dua orang yang shahid 2. Dua orang saksi
Analysis: Ini merupakan ism muthanna atau "dual". Mufrad kepadanya  شَهِيْدٌ

7. Khiry Jamaluddin
Ejaan arab: خَيْرِيْ جَمَالُ الدِّيْنِ
Maksud : Kebaikanku kecantikan agama
Analysis: Pada pendapat saya ini adalah jumlah ismiyah / ayat lengkap.  Khirun mubtada wa huwa mudof. ي mudofun ilaihi . Jamaal khabar wa huwa mudof. Ad-deen mudofun ilaihi

والله أعلم



references:
translate.google.com
wikipedia.com
almaany.com
alqamus.moe.edu.my

Friday, April 5, 2013

i'rab "izzudeen"

بسم الله

Aku ada satu penyakit gila. Aku rasa aku pantang nampak struktur frasa idofah mesti aku kena i'rab kan... الحمد لله . Aku suka penyakit gila ini. Aku katakan gila pasal aku "hampir" tak boleh tahan :) . Mulai dari sekarang ( jika rajin melanda ) aku akan journalkan kegilaan aku di sini:)

Yang aku baru nampak sebentar tadi
Mudof = عِزٌّ = izzun = kekuatan/kemulian
Mudof ilaihi = الدِّيْنُ = addeenu = agama

Mudof + Mudof ilaihi = عِزُّ الدِّيْنِ = izzudeeni * = kekuatan/kemulian agama

*Ini bacaan student lugah pasal nak belajar i'rab. Kalau bacaan biasa dibaca dengan wakaf dimana ن dimatikan . so jadilah izzudeen

*Ini maksud nama dari segi lughah / bahasa ( berdasarkan ilmu cetekku  )

الله أعلم