Monday, November 23, 2015

Itu The Al

Itu the Al
Ayat pertama: Di atas meja ada buku. Buku cantik
Adakah perkataan Buku yang kedua merujuk kepada buku yang pertama? 
Jawapanya tidak. Ini kerana Buku yang kedua tidak merujuk ke mana-mana dan ianya am dan bermaksud mana-mana buku
Ayat kedua: Di atas meja ada buku. Buku itu cantik
Adakah perkataan Buku yang kedua merujuk kepada buku yang pertama?
Jawapanya ya kerana perkataan “itu” membuatkanya merujuk kepada perkataan buku yang pertama

Di dalam bahasa Inggeris kita boleh membina ayat kedua dengan “the” There is a book on the table. The book is beautiful
Oleh kerana perkataan “the” perkataan “book” yang kedua merujuk kepada “book” yang pertama. Kalau kita buang “the” pada perkataan “book” yang kedua, hilang lah kaitan antara “book” yang kedua dengan yang pertama
Di dalam bahasa Inggeris perkataan yang ada “the” di panggil definite noun. Perkataan yang ada “the” ini spesifik. Ianya mesti merujuk kepada sesuatu. Perkataan yang tiada “the” di panggil indefinite noun. Ianya am dan tidak merujuk kepada mana-mana

“the” ini dalam bahasa Arab ialah alif-lam yang ditambah di hadapan sesuatu kata nama:- كِتَا بٌٌ bermaksud buku atau “a book”. Ia tiada alif-lam didepanya oleh itu ia am. Di dalam bahasa inggeris perkataan yang am sebegini di panggil indefinite noun.ٌDi dalam bahasa Arab dipanggil ٌ اِسْمٌنَكِرَةٌism nakirah”
الكِتَا بٌٌ  bermaksud “buku itu” atau “the book”. Ada alif-lam oleh itu ianya spesifik dan mesti merujuk kepada sesuatu. Di dalam bahasa inggeris perkataan yang ada “the” di panggil definite noun. Di dalam bahasa arab dipanggil اِسْم مَعْرِفَةٌ “ ism makrifah”

Oleh itu ayat kedua dalam bahasa Arab ialah:

عَلَى الْمَكْتَبِ كِتَابٌ. اَلْكِتَابُ جَمِيْلٌ

Di atas meja ada buku. Buku itu cantik
There is a book on the table. The book is beautiful

No comments:

Post a Comment