السلام عليكم
الحمد لله على كل حال
Maid ku lari dan aku mencari jalan penyelesaian..
Dalam pencarian saya saya terjumpa blog ustaz ini :-
http://hisyamzahra.blogspot.com/2008/08/suara-permata-bilangan-ke-4-februari.html
Di dalam nya menceritakan Fatimah RA pernah request kepada Rasullullah ﷺ untuk khadam dan Rasullullah ﷺ memberi penyelesaianya :). Berikut adalah hadithnya:-
الحمد لله على كل حال
Maid ku lari dan aku mencari jalan penyelesaian..
Dalam pencarian saya saya terjumpa blog ustaz ini :-
http://hisyamzahra.blogspot.com/2008/08/suara-permata-bilangan-ke-4-februari.html
Di dalam nya menceritakan Fatimah RA pernah request kepada Rasullullah ﷺ untuk khadam dan Rasullullah ﷺ memberi penyelesaianya :). Berikut adalah hadithnya:-
عَنْ عَليٍّ أَنَّ
فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشْكُو إِلَيْهِ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ
الرَّحَى وَبَلَغَهَا أَنَّهُ جَاءَهُ رَقِيقٌ فَلَمْ تُصَادِفْهُ
فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ
قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ
فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَجَاءَ فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ
بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى بَطْنِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ
مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا
إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا
وَثَلَاثِينَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا
مِنْ خَادِمٍ
Daripada
Sayyidina ‘Ali bahawa Fatimah telah datang menemui Rasulullah s.a.w.
mengadu tentang tangannya akibat kisaran yang digunakannya dan beliau
mendapat tahu sampai kepada baginda seorang hamba. Pada waktu itu,
Fatimah tidak dapat menemui Rasulullah s.a.w. lalu Fatimah menyebutkan
perkara itu kepada ‘A`ishah. Tatkala Rasulullah s.a.w. datang ‘A`ishah
menceritakan kepada baginda lalu baginda datang menemui ketika kami
hampir masuk tidur. Kamu mahu bangun tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hendaklah kamu berdua berada di tempat masing-masing.” Bagindapun duduk
di antara kami berdua sehingga saya merasakan sejuk pada dua tapak
kakinya pada perut saya seraya bersabda: “Tidakkah kamu berdua mahu jika
aku menunjukkan kepada kamu berdua sesuatu yang lebih baik daripada apa
yang kamu berdua minta? Apabila kamu berdua pergi ke tempat tidur atau
tempat pembaringan maka bertasbihlah 33 kali, bertahmidlah 33 kali dan
bertakbirlah 34 kali. Itu lebih baik kepada kamu berdua daripada seorang
khadam.” (al-Bukhari, Muslim)
Huraian Hadith dari Islam.gov.my
http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/yang-lebih-baik-daripada-pembantukhadam
Huraian Hadith:
Menurut ajaran Islam, seorang wanita tidak bertanggungjawab untuk
mencari nafkah keluarga. Tujuannya supaya isteri itu dapat sepenuhnya
mencurahkan perhatian kepada urusan rumahtangga, mendidik anak-anak dan
membesarkan mereka. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang
diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Rasulullah bersabda, "Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya." (Bukhari
& Muslim) Namun begitu dewasa ini tuntutan semasa memerlukan
golongan isteri juga keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk
membantu suami menyara keluarga. Oleh yang demikian komitmen selaku
seorang isteri, ibu dan juga seorang pekerja kepada majikan tidak
dinafikan mengundang rasa penat yang tidak tertanggung secara sendirian.
Oleh itu ramai antara para isteri yang bekerja menginginkan adanya
seorang pembantu rumah untuk menolong mereka menguruskan rumahtangga.
Namun begitu masalah ini sebenarnya tidak hanya boleh diselesaikan
dengan adanya pembantu rumah semata-mata kerana seorang suami yang
memahami keadaan isterinya sudah tentu tidak akan berat tulang
memberikan kerjasama, menolong serta bertolak-ansur dalam meringankan
tugas isteri di rumah. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah
rumahtangga daripada berlaku pergaduhan dan sebagainya, malah dapat
menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri kerana
masing-masing dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri. Di
samping itu si isteri juga dianjurkan mengamalkan petua yang diajarkan
oleh Rasulullah SAW seperti dalam hadith di atas kerana dengan menyebut
nama Allah dengan berzikir kepadanya jiwa akan terasa tenang, hilang
keserabutan dan keletihan .
No comments:
Post a Comment