Monday, February 6, 2017

Apa ada dengan nombor 7?

قال شيخنا داتو الأستاذ محمد خالد بن عيسى حفظه الله في مجلس الأسرة:
Berkata guru kami Dato Ustaz Muhammad Khalid bin Esa semoga Allah menjaganya pada majlis Usrah

هل تعلم أن رقم سبعة له معنى عظيم؟ 
Kamu tahu tak pada no 7 ada makna agong?

وخاص المعنى لن يتمكن تفسيره إلى يوم الدين إليكم هذه المعلومات 
Dan makna istimewa ini tak mampu ditafsirkan sampai hari kiamat tapi ada beberapa maklumat mengenainya..

الأول: عدد طبقات السماء والأرض سبعة
Pertama: bilangan lapisan langit dan bumi tujuh

الثاني: عدد أيام في الأسبوع سبعة
Kedua: bilangan hari dalam seminggu tujuh

الثالث:  أبواب النار سبعة
Ketiga: Pintu2 neraka tujuh

لاحظ: أبواب الجنة ثمانية من الحديث  عن دعاء بعد الوضوء 
Nota: Pintu syurga ada lapan dari hadis doa lepas wuduk

الرابع:  الطواف حول الكعبة سبعة والسعي بين سفا والمروة 
Keempat: Tawaf keliling Kabah tujuh dan Saie diantara safa dan marwah tujuh

الخامس: تأمر الله بالصلاة عند سن سبعة
Kelima: Allah perintah solat pada umur tujuh tahun

لاحظ: الوينا بنتي الأولى سنها سبعة في هذا السنة 2017
رب اجعلني مقيم الصلاة وذريتي وزوجتي
Nota : Alweena anak sulungku umurnya 7 tahun pada 2017 ini
Ya Allah jadikan aku orang yang mengdirikan solat dan juga zuriatku dan isteriku

السادس: آيات الفاتحة سبعة 
Keenam: Ayat surah Al-fatihah tujuh

السابع: عدد الجمرات في الحاخ سبعة
Ketujuh: Batu-batu kecil untuk melontar pada ibadah Haji tujuh

الثماني : تكبير العيدين سبعة تكبيرات
Kelapan: Takbir solat bagi 2 hari raya itu tujuh takbir

التاسع : عدد البحار سبعة 
Kesembilan: Bilangan laut ada 7

العاشر: الذين يظلمهم الله بظله في يوم القيامة سبعة
Kesepuluh: Orang yang dilindungi oleh Allah dengan lindungaNya pada hari kiamat tujuh

الإِمَامُ الْعَادِلُ 
Pemimpin yang adil.

 وَشَابٌّ نَشَأ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ 
 Pemuda yang biasa beribadah kepada Rabbnya.

 وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ
 Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.

 وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ
 Dua orang yang saling mencintai karena Allah, bertemu dan berpisah karena Allah.

 وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ
 Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’.

 وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُه
 Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

 وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Orang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis


 الأخير : قال رسول الله صلى عليه وسلم "اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ" 
Akhir sekali: Kata Rasullullah S.A.W "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan"

الشِّرْكُ بِاللَّهِ
Shirik kepada Allah

 وَالسِّحْرُ
Sihir

 وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ
Membunuh seseorang yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan kebenaran

وَأَكْلُ الرِّبَا
Memakan Riba

 وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ
Memakan harta anak yatim

 وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ،
Lari dari medan perang

 وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلاَتِ
 Menuduh zina pada perempuan-perempuan yang beriman



الله أعلم

No comments:

Post a Comment