بسم الله
السلام عليكم
Pada mulanya saya belajar bahasa arab untuk memperbaiki bacaan Al-Quran saya, supaya suatu hari nanti saya boleh menurunkan ilmu ini kepada أوْلَادِيْ ( anak-anak saya ). Oleh kerana lama lagi untuk saya mengajar أولادي yang masih صِغَرٌ (kecil - kecil ), tujuan دَرْسٌ (pelajaran) telah bertukar kepada "untuk memahami bacaan dalam solat, Al-Quran dan Al-hadith". Saya berharap dengan penguasaan bahasa arab solat saya boleh khusyuk dan boleh memahami text Al-Quran dan Al-Hadith secara langsung. إن شاء الله
Tapikan, apa guna ilmu ini semua jika ia tidak dapat redho dari Allah. Lebih malang lagi jika ianya mengundang kemurkaan Allah. Oleh itu saya mahu tukar lagi sekali tujuan untuk belajar bahasa arab ini. Tujuan version 3.0 ialah "Mencari reda Allah".... atau dalam bahasa arabnya:-
اِبْتِغَاءُ مَرْضَاةُ الله
No comments:
Post a Comment